Salam Sejahtera Tuan/Puan,
MIMOS Berhad dengan kerjasama Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) akan menganjurkan Program Latihan & Penempatan: Teknologi Proses Semikonduktor & Fabrikasi Wafer (Kohort 2) yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026.
Susulan kejayaan pelaksanaan Kohort 1, pengambilan bagi Kohort 2 kini dibuka kepada graduan India yang berkelayakan untuk mengikuti program latihan teknikal ini. Program ini disasarkan kepada graduan Diploma dan ke atas dalam bidang kejuruteraan atau bidang berkaitan yang masih mencari peluang pekerjaan, dan ditawarkan secara percuma kepada peserta yang layak.
Bersama-sama emel ini dilampirkan poster program untuk tindakan dan hebahan lanjut daripada pihak tuan/puan.
Link pendaftaran : https://forms.gle/jGvMdEqoqGT1GyKcA
Sekian, terima kasih.
