• Welcome to Graduate Employability and Career Centre
  • gecc@um.edu.my
logo
logo

Sertai Program PERANTIS IWK30!

Adakah anda graduan baru yang bersedia untuk memulakan kerjaya? Jom sertai Program PERANTIS IWK30! Inisiatif latihan dinamik ini direka untuk mengasah kemahiran teknikal dan juga kemahiran insaniah, melalui saringan dan tugasan yang akan menguji personaliti dinamik anda. Peserta akan dibimbing untuk memperkukuhkan kemahiran teknikal, pemikiran kritikal, dan kebolehan menyelesaikan masalah, sambil menitikberatkan kemahiran insaniah seperti komunikasi yang profesional, kerja berpasukan, dan nilai-nilai kepimpinan, yang mana kemahiran ini adalah penting dalam meningkatkan prospek kerjaya anda.

Program yang dijalankan IWK sempena sambutan ulangtahun syarikat yang ke-30 ini, akan dibimbing oleh pakar industri, termasuk pengacara radio dan TV - Natalie Kniese. Anda akan melalui modul latihan terbaik secara percuma! Natalie yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam industri hiburan tanahair dan Asia Tenggara, akan memastikan semua peserta mendapat teknik terbaik, di samping dapat meningkatkan keyakinan diri.

Yang lebih menarik, bagi peserta terbaik akan menerima hadiah wang tunai dan peluang pekerjaan (yang bersesuaian dengan latar bekalang Pendidikan). Jadi, kepada anak-anak muda - jangan lepaskan peluang untuk mendapat latihan demi masa depan anda.

Imbas kod QR atau klik pautan ini: https://forms.gle/7T1LttUYAnKAKzyS7 untuk mengisi borang Google (Google Form).