
Setinggi Penghargaan Kepada Mantan Pengarah UM GECC.
Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Sr. Dr. Hasniyati Hamzah Mantan Pengarah, Pusat Kebolehpasaran Graduan & Kerjaya yang telah menyumbang bakti, keringat, idea dan dedikasi selama berkhidmat di sini. Sumbangan beliau sangat tidak ternilai dan budi yang ditaburkan akan dikenang sepanjang zaman. Banyak sumbangan dan pembaharuan yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar UM.