
Seluruh warga Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya (UM GECC) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Mohd Usman Mohd Junaidi atas pelantikan sebagai Yang Menjalankan Fungsi Pengarah, Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kepimpinan serta dedikasi beliau dalam memperkasa agenda kebolehpasaran graduan dan pembangunan kerjaya mahasiswa.
Semoga dengan amanah baharu ini, beliau terus memimpin UM GECC ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang serta memperkukuh inisiatif dalam menyokong pembangunan graduan Universiti Malaya.
Ikhlas daripada
Warga Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya (UM GECC)