• Welcome to Graduate Employability and Career Centre
  • gecc@um.edu.my
logo
logo

TAHNIAH! LIMA FAKULTI MENCATAT KADAR KEBOLEHPASARAN GRADUAN TERTINGGI SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG) 2023

Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya (GECC), Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya (UM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga UM di atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) tahun 2023 yang telah melabuhkan tirainya pada 23 Februari 2024. 

SKPG merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mengetahui status pekerjaan graduan setelah tamat pengajian. 

Secara keseluruhan, kadar respons UM adalah 92.2% dan kadar kebolehpasaran graduan (graduate employability; GE) mencatat 89.1% menerusi dapatan kajian yang dikongsi KPT pada bulan Mei 2024.

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada lima (5) fakulti kerana telah mencapai kadar kebolehpasaran graduan tertinggi. 

GECC terus komited bersama-sama warga UM dalam membangunkan graduan holistik dan berkualiti bagi mendukung pembangunan negara.

Laporan SKPG 2023 akan dihantar kepada semua PTj kemudian.