• Welcome to Graduate Employability and Career Centre
  • gecc@um.edu.my
logo
logo



UNIVERSITI MALAYA CAPAI KADAR KEBOLEHPASARAN GRADUAN WARGANEGARA 90.8%

Lembaga Pengarah dan Pengurusan Universiti Malaya (UM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga universiti atas pencapaian cemerlang dalam kadar kebolehpasaran graduan (GE) warganegara bagi tahun 2023. UM mencatatkan kadar peratusan kebolehpasaran graduan sebanyak 90.8%, melebihi sasaran nasional yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), iaitu 86.7%.

Pencapaian ini merupakan bukti dedikasi dan usaha gigih semua pihak di UM, termasuk para pensyarah, staf bukan akademik, dan pelajar dalam memastikan graduan UM dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan pasaran kerja. Kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi ini juga mencerminkan kualiti Pendidikan yang disediakan oleh universiti.

UM juga berterima kasih kepada semua pihak berkepentingan termasuk majikan dan industri yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan inisiatif kebolehpasaran graduan UM. Kerjasama yang erat antara universiti dan industri telah membolehkan para pelajar mendapat pendedahan praktikal dan pengalaman kerja yang berharga sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

Dengan pencapaian ini, UM bertekad untuk terus memperkukuhkan usaha dalam menyediakan graduan yang bukan sahaja berdaya saing di peringkat nasional tetapi juga di peringkat antarabangsa. Universiti ini akan terus mengadaptasi dan memperbaharui kurikulum serta meningkatkan hubungan dengan industri bagi memastikan graduan terus relevan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Syabas dan Tahniah!

#universitimalaya #kebolehpasarangraduan2023 #skpg2023 #graduateemployability #um